NADI Safe & Shield (Sesi November)

19 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2025 bersamaan hari selasa, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menyertai Program NADI X KESEDARAN, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Lindungi Data Peribadi dan Buli Siber.

Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: LINDUNGI DATA PERIBADI. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh tiga orang murid dari SK St’ James. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.

Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: BULI SIBER. Taklimat ini juga telah disertai oleh tiga orang peserta dan juga telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm.

Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali