Permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
6 Janauri 2025 | Aktiviti TerkiniBerita baik! Kerajaan Sarawak telah mengumumkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui Sarawak Pay Global (e-dompet) untuk pembelian makanan asas. Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah sebanyak RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang. Mereka yang layak adalah rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan K yang menetap di Sarawak dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Tahun 2024 berdasarkan maklumat LHDN. Oleh sebab itu, dari 1 januari 2025 sehingga kini, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop berperanan sebagai pusat yang memudahkan penduduk sekitar untuk memuat naik Sarawak Pay Global (e-dompet) dan membuat permohonan sumbangan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: