NADI Cybersecurity: Webinar Selamatkan Telefon Anda Daripada Ancaman?
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada Khamis, 14 Ogos 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Selamatkan Telefon Anda Daripada Ancaman yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai dua orang peserta yang telah menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Tujuan webinar seperti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dengan kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi. Selain itu, turut diserta demonstrasi langsung ‘phone tapping’ dan aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan. Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam sesi tersebut adalah tentang cara keselamatan telefon pintar dengan menekankan ancaman seperti spyware, phishing SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Dari webinar tersebut peserta dapat menimba ilmu tentang ancaman-ancaman telefon bimbit pada masa sekarang.
Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: