Nadi Safe & Shield
15 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei telah diadakan satu program smart service di NADI Kampung quop iaitu NADI Safe & Shield. NADI Safe merupakan program untuk mendedahkan golongan kanak-kanak yang berumur di antara 7 tahun sehingga 12 tahun mengenai keselamatan semasa menggunakan internet. Manakala NADI Shield merupakan program untuk mendedahkan golongan remaja yang berumur di antara 13 tahun sehingga 17 tahun mengenai keselamatan menggunakan internet dan sosial media.
Seramai 2 orang peserta untuki program smart service tersebut masing-masing menyertai NADI SAFE&SHIELD yang berlangsung dari pukul 03.00 petang sehingga 05.00 petang. Para peserta telah didedahkan dengan cara penggunaan internet yang selamat semasa melayari internet. Banyak tips yang berguna telah dikongsikan tenaga pengajar kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: